Apakah Motivasi Survivor...?
 Menjadi SURVIVOR dalam Dunia Yang Penuh Cabaran !! Adakah Anak Anda Dalam Senarai Gejala Sosial Di Bawah...Nakal,
Degil, Malas Solat, Malas Belajar, Ponteng Sekolah/Kelas, Merokok, Tak
Hormat Ibu Bapa, Bahasa Kasar/Kesat, Tinggi Suara, Malas Kendiri, Kuat Tidur, Mencuri, Menipu, Kuat Tengok TV, Penting Kawan, Kuat ke Cyber Cafe, Lari Dari Rumah, Merempit, Melepak, Balik Lewat Malam, Salahguna HP/Internet, Melucah, Onani, Mencarut, Hidu Gam, Pil Khayal/Syabu, Dadah, Kaki Gaduh, Buli, Dedah Aurat, Seksi, Pakwe Makwe, Berzina, Hamil Anak Luar Nikah, Punk, Skinhead, Gothic, Emo, Minum Arak, dan macam-macam lagi...
Insya Allah, Saya Cuba Membantu Jumpa Ustaz Ahmadi Ambil Berat
Motivator Sebenar Untuk Anak Anda
TERBUKTI !! Motivator 'Turun Padang' Lagi Berpengalaman, KHAS Untuk Anak Anda !!
Motivator Diiktiraf MASTIKA, METRO, & KOSMO Media Cetak No.1 Malaysia Sejak 2005 !!  ~ Pilihan Perkhidmatan Yang Ditawarkan ~
Oleh
Kumpulan Motivator Profesional Yang Berpengalaman Lagi Diiktiraf Mengendalikan Permasalahan Remaja Muslim Lelaki dan Perempuan Di
Malaysia. !! Buat Pilihan Anda Di Bawah Dengan Segera !!
Pihak konsultan turut menerima jemputan ceramah (motivasi/perayaan agama Islam). Caj konsultan atas rundingan.
012-207 3938 019-300 5053
Survivor Camp Malaysia Kembali Lagi...
Kem
Motivasi Remaja Cuti Sekolah Mei 2012 Yang Paling DiTunggu Ibu Bapa MALAYSIA, SINGAPURA & THAILAND !!! |
 ________________________________________________________________________________________ Ustaz Ahmadi
Kembali Lagi Dengan Kem 5 Hari 4 Malam Dengan Yuran Terendah Sempena
Survivor Camp Siri Ke-28 ! Pastikan Anak Tersayang Anda Menyertainya ! Pasti Berbaloi & Menjimatkan !
________________________________________________________________________________________
Ustaz Ahmadi
Haji Din
Ba.Hons.UKM
Motivator
& Pengurus
Firma Motivasi
Didik Diri Resources
Tel : 019 - 300 5053 012 - 207 3938
Emel : abmadi77@yahoo.com.my
|
"Anak
Tersayang Anda Degil, Nakal, Malas Solat, Malas Belajar, Tak Tahu
Berdikari, Tak Hormat Ibu Bapa, Tak Berdisiplin dan sebagainya...
JANGAN
BIMBANG !!!
Survivor
Camp Malaysia Akan Cuba
Membantu Anak Tersayang Anda Kembali Rasa BerTuhan & Rasa
BerIbu Bapa" - Ust. Ahmadi.
|
7 Tahun Usia Survivor Camp Malaysia & Bakal Memasuki Siri Ke-28 ! RIBUAN REMAJA TELAH MENGHADIRINYA !
|
"Kem Motivasi Remaja Popular" SURVIVOR CAMP MALAYSIA
| Tarikh | 27 - 31 MEI 2012 Cuti Penggal Pertengahan Persekolahan Selama 5 Hari 4 Malam ( Ahad hingga Khamis ) *Lapor diri Ahad jam 3.00 petang *Tamat program Khamis jam 9 malam. | | Tempat | Kem Bina At-Taqwa Batu 35, Jalan Dengkil, Kg Boundry, Bukit Changgang, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. | | Remaja | Wajib Hadir 8 - 20 Tahun ( Lelaki & Perempuan ) & Remaja Exam UPSR, PMR, SPM, STPM 2012 | Daftar Segera !! | 012 - 207 3938 019 - 300 5053 |
|
Kem Yang Selesa, Bersih, Selamat, Lengkap, Asrama Berhawa Dingin, Berpagar, & Terkawal "Saya memandang serius keperluan kem yang sempurna untuk menjalankan Survivor Camp Malaysia.Justeru, saya memilih Kem Bina At-Taqwa kerana kemudahan yang disediakan cukup selesa dan memuaskan.Malah makanan yang disediakan amat menyelerakan dan mendapat pujian peserta kem.Anak tersayang anda tidak akan mengeluh dan menyesal di Survivor Camp Malaysiakerana mereka pasti hendak datang lagi. Insya Allah."- Ustaz Ahmadi Haji Din -
Yuran Diskaun Berganda-Ganda!!Sempena Survivor Camp Malaysia Siri Ke-28 Teruskan Bacaan Anda... 
BERITAHU SEMUA !
Jika
anda mempunyai masalah dengan anak tersayang sila daftarkan anak anda
di Survivor Camp Malaysia. Jika ada saudara atau rakan yang juga mempunyai
masalah dengan anak tersayang mereka, maklumkan kepada mereka untuk
mendaftar anak mereka di Survivor Camp Malaysia. Sila baca laman ini sehingga
habis untuk keterangan lanjut.
PELUANG KEEMASAN !
Anda
juga boleh telefon, sms, atau emel kepada mereka yang anda rasa
memerlukan perkhidmatan Survivor Camp Malaysia. Gunakan segala medium
perhubungan seperti facebook, twitter, my space dan lain-lain.
Maklumkan alamat laman web ini www.motivasisurvivor.com dan no. telefon
pendaftaran 019-3005053 / 012-2073938. Peluang keemasan anak-anak yang
tersayang untuk berubah menjadi yang lebih baik, Insya Allah.
KEM ALTERNATIF !
Survivor
Camp Malaysia bukan sebarang kem dan menjadi alternatif kepada ibu bapa untuk
membina kembali emosi dan spiritual anak tersayang Kembali Rasa
BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa. Jangan lepaskan peluang keemasan November
ini, daftarkan anak tersayang anda segera dan maklumkan segera kepada
rakan-rakan yang lain.
|
|

Formula Survivor Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa Yang TERBUKTI BERKESAN ! Sentiasa Mendapat Sambutan Hebat & Ramai !
*108 peserta Survivor Camp Malaysia
Siri Ke-27 Mac 2012
yang
lalu.
*108 peserta Survivor Camp Malaysia
Siri Ke-26 Januari 2012
yang
lalu.
*102 peserta Survivor Camp Malaysia
Siri Ke-24 November 2011 yang
lalu.
*Survivor Camp Malaysia 22, 13-17 Mac 2011 *102 peserta Survivor Camp Malaysia Siri Ke-21 Disember 2010 yang lalu.
*Survivor Camp 20, 6-12 Jun 2010
*Survivor Camp 19
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah di sinilah tempatnya...
"Pada hari pertama saya hadir
di Survivor Camp, pelbagai tanggapan bermain di dalam fikiran saya.
Pada mulanya saya memang tidak rela hati untuk berada di sini kerana
saya dipaksa oleh ibu saya tetapi saya turutkan juga permintaan ibu
saya itu kerana saya dah banyak melakukan kesilapan dan saya tidak mahu
menghampakan hati ibu saya.Pertama
kali saya berjumpa dengan ustaz dan para fasilitator, saya agak
gementar, takut dan janggal. Bagi saya, mereka semua ibarat keluarga
angkat yang akan menjaga saya sepanjang kem ini. Tema kem ini 'Kembali
Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa' memang betul-betul diterapkan
dalam kem ini.Ustaz
Ahmadi, dia saya anggap sebagai ayah angkat saya di sini. Dia banyak
memberi ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan keinsafan kepada saya.
AlhamdulilLah saya sudah betul-betul insaf sekarang dan akan berubah.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah, di sinilah tempatnya."- Muhd Habibunajjar bin Sazali 17 tahun X-Survivorian 19
______________________________________________________________
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Survivor Camp...
"AlhamdulilLah,
sepanjang berada di dalam kem ini selama 7 hari 6 malam, banyak
pembelajaran berkenaan dengan agama & ibadah solat yang saya
pelajari. Banyak slot yang dapat menambahkan lagi ilmu tentang ibadah
solat & Insya Allah dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian
saya di rumah.
Saya
mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmadi kerana telah banyak
memberi tunjuk ajar kepada saya. Banyak ilmu yang telah saya perolehi
dari Ustaz Ahmadi. Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga
kepada Survivor Camp..."
- Afiq Muzhaffar bin Sazali 17 tahun X-Survivorian 19
______________________________________________________________
Saya juga diberi kesedaran betapa pentingnya keberkatan ibu bapa dan Allah...
"Dalam
Survivor Camp 19, saya dapat mempelajari cara untuk memperbaiki saf
solat, menyusun sejadah dengan cara yang betul dalam slot Smart Solat.
Saya juga dapat memantapkan diri dari segi disiplin masa dan solat.Saya
juga diberi kesedaran betapa pentingnya keberkatan ibu bapa dan Allah.
Saya sedar bahawa saya ini memang hamba yang lemah dan harus diberi
kesedaran. Saya berharap Survivor Camp ini berterusan."- Arif Afham bin Badron 17 tahun X-Survivorian 19
|
|
 Ribuan Sudah BERUBAH, Sudah BERTAUBAT & Sudah INSAF ! Kini Giliran Anak Tersayang Anda Pula Untuk Berubah ! Berikan Mereka PELUANG TERBAIK Di Survivor Camp Malaysia Ke-28 !
Ustaz Ahmadi Tahu Masalah Anak Tersayang Anda... Hari-hari
anda pening dengan masalah anak anda. Makan tak kenyang, tidur tak
lena, mandi pun tak basah. Asyik risau, risau, risau dan risau...!
Kerenah mereka teramat mengguris hati dan perasaan anda. Sebagai ibu
dan ayah, airmata sering tumpah mengenang perbuatan mereka yang tidak
wajar sebagai seorang anak. Keluarga yang aman mula berantakan.
Anak-anak yang mula kenal dunia, semakin tak kenal dengan ibu dan ayah sendiri...Didikan
dan kasih sayang yang diberikan selama ini bagaikan tak menjadi.
Seperti air yang tumpah ke daun keladi. Anak yang sepatutnya mampu
berdikari, kini tak kenal diri sendiri. Asyik enjoy, enjoy, enjoy dan enjoyyy....
Sampai bila anak kita nak enjoy?? Bila dia nak fikir masa depan dia??
Bila dia nak solat 5 waktu dengan betul?? Bila dia nak belajar
bersungguh-sungguh?? Dan bila dia nak dengar cakap kita sebagai
ibu dan ayah?? Memang pening, pening, pening dan pening...
Paling
menyakitkan hati apabila anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh
selama ini, tiba-tiba meninggi suara dengan kita. Terkedu sebentar kita
dibuatnya. Astaghfirullah.....itulah zikir yang mampu kita lafazkan di
hati. Hari demi hari berlalu, perangai anak kita bertambah genting.
Dari meninggi suara, membawa kepada balik lewat malam. Sudahlah nak ke
subuh baru sampai rumah, mulut dan baju mulai berbau rokok. Hapak dan
tengit hidung kita membaunya.
Tak cukup itu perangainya, pakaian yang sopan sudah bertukar zaman.
Zaman hip-hop, dipakainya hip-hop. Zaman punk, dipakainya punk. Zaman
gothic, dipakainya gothic. Zaman black-metal, dipakainya black-metal.
Zaman shuffle, dipakainya shuffle. Dan entah apa-apa lagi fesyen zaman
ini. Aurat?? Tak payah cerita... Bukan sahaja dedah rambut,
diwarnakannya pula. Ada perang, putih, biru dan hijau. Bila dilarang,
jawabnya 'up to date'.
Yang
lelaki mula sibuk nak ber'bangle' (gelang) dan berantai. Bukan sebarang
jenis bangle dan rantai. Mesti ada gambar atau lambang sesuatu.
Kononnya dia mewakili kumpulan tertentu. Jadi, jangan nak usik atau nak
kacau. Nanti padah jawabnya! Itu hal lelaki, yang perempuan pula, mula
sibuk dengan alat mekap solek. Baru umur 15-16 tahun, berangan nak jadi
artis. Nak cun, nak lawa, nak glamor, nak jadi penyanyi, nak jadi
pelakon dan macam-macam lagi... Exam?? PMR, SPM tolak tepi...yang penting ENJOY dulu!!!
Boyfriend??
Girlfriend?? Sekolah rendah lagi dah pandai. Handphone tak lekang di
tangan. Siang malam sms... Bangun tidur sms, mandi sms, berus gigi sms,
sarapan sms, di sekolah sms, di rumah sms, nak tidur malam pun sms
lagi. 24 jam sms!
Itulah tanda anak tersayang kita sedang angau. HOT bercinta... Masuk
sekolah menengah, kita ibu ayah kena hati-hati jenis anak begini.
Urusan dia keluar rumah, kita wajib ambil tahu. Kalau tak nak ambil
tahu, sesekali ada masa check leher anak perempuan kita sebelum
terlambat...
Ada lagi ke masalah anak kita?? Ada lagi, banyakkk.....lagi. "Ayah beli motor. Along nak motor 125, nak pergi sekolah."
Si ayah garu-garu kepala, "Eh, sekolah belakang rumah jer. Jalan kaki
dah sampai. Tak sampai 10 minit pun" bisiknya perlahan. Ayah yang
bertanggungjawab kena fikir, sekolah dekat nak motor, motor pulak 125.
Sah! Mesti nak merempit... AstaghfirulLah...
Banyak
lagi masalah anak-anak moden zaman kini... Ponteng sekolah, melepak,
lari dari rumah, kaki cyber, clubbing, hidu gam, dan 1001 macam gejala sosial yang mereka lakukan...
Nak
dibiarkan..."Oh! Tidak sama sekali" getus hati kita. Anak yang
tersayang mulai dinasihatkan dengan berhati-hati agar hatinya tidak
terusik sama sekali. Tutur kita sebagai ibu dan ayah begitu halus dan
lembut sekali. Dengan harapan agar terbuka pintu hatinya mendengar
ungkapan nasihat penuh bermakna supaya kembali ke pangkal jalan menjadi
anak yang soleh dan solehah.
Tak
cukup dengan lisan sahaja, diselang-seli tangan
membelai lembut kepala anak tersayang. Agar kulitnya terasa tangan
itulah yang bertanggungjawab membesar dan membelanya selama ini.
Bukan lisan dan tangan sahaja berperanan, hati yang sensitif
mulai tersentuh. Airmata yang ditahan-tahan mulai melimpah keluar.
Suara yang tenang diulam kata dan bahasa terkawal sedari awal, mulai
sebak. Emosi merintih dan merayu mulai membuak keluar. Semuanya berlaku
dengan spontan. Bukan dipinta-pinta.
Hasilnya...
Anak tersayang menoleh memandang muka kita dengan dahinya yang berkerut. "BOSAN!" tinggi suaranya sambil menepis kasar
tangan yang membelai kepalanya. Lalu bangun terus ke biliknya dan
menghempas pintu sekuatnya. Tak lama kemudian dipasang radio dengan
bunyi yang kuat. Terpana kita... Terasa halilintar tembus ke telinga
terus menusuk ke hati. "Bukan ini yang aku ajar selama ini..." kata hati. Hati
ibu atau ayah mana yang tidak pedih, jika anak sudah berperangai
begitu. Laksana cerita lama 'Si Tanggang Anak Derhaka'. Nauzubillah min
zalik... Minta dijauhkan Allah dari menjadi anak yang derhaka. Sesuatu mesti dilakukan... Ya!!! Sesuatu mesti dilakukan sebelum terlambat!!!
Tapi...apa yang perlu dilakukan?? Siapa yang boleh tolong masalah anak aku?? Kepada siapa aku hendak mengadu??
Hubungi Ustaz Ahmadi, Insya Allah Ustaz Boleh Tolong...


Saya berpengalaman hampir 12 tahun
terlibat membasmi gejala sosial remaja Malaysia. Khususnya remaja
Melayu-Islam. Banyak kes-kes remaja dari yang sekecil-kecil sampailah
kepada yang besar-besar. Menyelesaikan kes-kes ini memang rumit. Kerana ia melibatkan manusia, bukan benda fizikal.
Semuanya memakan masa dan pengorbanan. Kes yang melibatkan sebarang
ketagihan lagi panjang ceritanya. Samalah juga kes hasil dari gangguan
persekitaran seperti masyarakat dan media. Apa kemampuan kita untuk
menghalang gangguan-gangguan ini?? Mahu atau tidak hanya iman yang perlu diperkuatkan dalam diri.
Selama
membabitkan diri dalam sisi gelap masalah remaja ini, acapkali otak
ini berfikir "Sampai bila semua ini akan berakhir?". Puas saya
memikirkan cara dan kaedah yang sesuai dan tepat. Tetapi semuanya
buntu. Gangguan-gangguan
di luar sana bagaikan raksasa yang besar dan ganas. Yang sentiasa lapar
untuk membaham mangsanya. Raksasa ini terlalu kuat. Rangkaiannya
merangkumi semua aspek kehidupan. Sosial, politik dan ekonomi.
Rangkaiannya bersifat global. Untuk memusnahkan raksasa ini, perlu juga
kepada kekuatan sosial, politik dan ekonomi yang bersifat global juga.
Dan
siapalah saya, untuk mendirikan kekuatan sebegitu rupa untuk
memusnahkan raksasa ini. Kalau cerita 'Ultraman' senang sahaja, silang
tangan dan keluar 'Power'. Maka matilah raksasa itu. Ini bukan cerita
Ultraman. Ini cerita penyakit
dan gejala sosial bersifat antarabangsa yang melahap melata memusnahkan
fizikal, mental dan rohani anak bangsa Melayu-Islam kita.
Bagaimanapun,
saya bertekad untuk teruskan juga usaha membantu anak bangsa
Melayu-Islam kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Walaupun
usaha ini tidak besar tetapi cukuplah sedikit usaha melalui Survivor
Camp Malaysia, saya berusaha membetulkan semula jalan hidup anak-anak yang hadir
ke kem motivasi ini. Dan, Alhamdulillah rata-rata peserta sudah Kembali
Rasa BerTuhan dan Rasa BerIbu Bapa.

 "Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Az-Zumar : 53 )
Saya suka kem ini kerana lebih baik saya di sini daripada saya di luar buat kerja yang tidak berfaedah...
"Terima
kasih kepada Ustaz Ahmadi & Kak Fitin kerana mengajar saya
macam-macam ilmu. Saya suka kem ini kerana lebih baik saya di sini
daripada saya di luar buat kerja yang tidak berfaedah.Saya
sudah anggap Ustaz Ahmadi sebagai ayah saya dan Kak Fitin sebagai emak
saya. Saya sayang semua yang terlibat dalam Survivor Camp. Ustaz dan
Kak Fitin doakanlah saya supaya berjaya di dunia dan Akhirat."- Muhammad Amjad bin Hamdan 16 tahun X-Survivorian 19
_____________________________________________________________
Di sini saya telah banyak berubah...
"Pada
14 - 20 Mac 2010, saya telah hadiri Survivor Camp. Di sini saya telah
banyak berubah. Ustaz Ahmadi sangat baik dan berceramah dengan sporting
sekali.Saya
harap kem ini ditambah hari dan aktivitinya. Ustaz Ahmadi telah bantu
saya berubah dan saya harap akan mengamalkan apa yang telah Ustaz
Ahmadi ajar kepada kami."- Wan Afiq Danish bin Wan Ahmad Saifullizam 13 tahun X-Survivorian 19
_____________________________________________________________
Di sini saya dapat mempelajari terlalu banyak ilmu dan mendidik saya menjadi seorang berdisiplin...
"Apabila
masuk Survivor Camp saya telah berubah, saya boleh bangun pagi untuk
solat Subuh. Saya sangat gembira datang Survivor Camp.Pertama
kali saya masuk di sini, saya rasa macam nak balik tapi bila lama-lama
saya rasa macam nak tinggal kat sini jer. Di sini saya dapat
mempelajari terlalu banyak ilmu dan mendidik saya menjadi seorang
berdisiplin."- Nur Fathiah binti Haji Hamdan 12 tahun X-Survivorian 19
_____________________________________________________________
Survivor Camp adalah yang paling terbaik...
"Dapat
mempelajari terlalu banyak ilmu. Dapat membetulkan solat. Apa pun
terima kasih kepada Ustaz Ahmadi dan Kak Fitin. Survivor Camp adalah
yang paling terbaik."- Zilhaiza Hazirah binti Ismail 10 tahun X-Survivorian 19
|
|

| Kini Giliran Anak Tersayang Anda Di Survivor Camp Malaysia Ke-28 !!! | | JANGAN PUTUS ASA...!!! |
Bawalah Anak Tersayang BerTAUBAT di Survivor Camp Malaysia... Insya Allah Mereka Mampu Melakukannya...
Legasi Survivor Camp Malaysia Seliaan Ustaz Ahmadi Sejak 2006...
Ribuan
remaja telah mengikuti Survivor Camp Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2006.
Setiap kali musim cuti persekolahan ramai ibu bapa tertunggu-tunggu
untuk mendaftar anak tersayang di Survivor Camp Malaysia. Malah ramai ibu bapa yang turut mendaftar beberapa anak mereka di Survivor Camp Malaysia.
Akibat kesan yang amat positif terhadap anak mereka selepas tamat kem,
mereka memaklumkan kebaikan Survivor Camp Malaysia kepada ramai saudara-mara dan
rakan-rakan mereka.
Justeru, Survivor Camp sentiasa diburu ramai ibu bapa bagi tujuan pemulihan dan motivasi anak tersayang. Di bawah adalah legasi Survivor Camp Malaysia sejak tahun 2006.
KOMITED & KONSISTEN SEJAK 2006 !!!
"AlhamdulilLah syukur ke hadrat Allah SWT kerana Survivor Camp Malaysia masih bertahan sampai ke hari ini. Ini membuktikan Survivor Camp Malaysia menjadi satu alternatif kepada ibu bapa di Malaysia, Singapura, & Thailand untuk memberikan motivasi terbaik kepada anak tersayang. Survivor Camp Malaysia akan terus membantu anak-anak anda Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa. Segera daftar anak tersayang anda dan bersama fenomena Survivor Camp Malaysia ini." - Ust Ahmadi Haji Din -
 DAFTAR SEKARANG !!! SUPAYA ANAK TERSAYANG ANDA TIDAK TERLEPAS MENYERTAINYA !!!
Saya berasa bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang prihatin kerana menghantar saya ke Survivor Camp 18 selama seminggu...
"Saya
berasa bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang prihatin kerana
menghantar saya ke Survivor Camp 18 selama seminggu. Pada awalnya saya
seorang yang kosong dari pelbagai segi, iaitu dari segi iman, akhlak,
adab, disiplin dan sebagainya, tetapi setelah saya menjadi salah
seorang peserta bertuah yang dihantar oleh Allah untuk sertai Survivor
Camp. Sekarang jiwa dan hati saya yang kosong sudah terisi serba
sedikit.Saya
juga berasa bersyukur kerana Ustaz Ahmadi telah banyak memberi
inspirasi kepada saya untuk memulakan satu hidup baru, satu semangat
perjuangan yang membara, dan semangat untuk menjadi seorang muslim dan
anak soleh.Pada
dahulunya, saya berasa was-was dan ragu-ragu apabila ingin menunaikan
solat tetapi apabila saya bertemu Ustaz Ahmadi dan Survivor Camp saya
berasa tenang dan suka melakukan ibadah kepada Allah.Saya
juga telah berazam untuk memakai kopiah sepanjang masa disebabkan oleh
Ustaz Ahmadi telah bercerita apabila kita memakai kopiah kita akan
mendapat keberkatan dari Allah dan berfikir dahulu sebelum melakukan
sebarang perbuatan. Terima kasih kepada Ustaz Ahmadi dan semua yang
terlibat dalam Survivor Camp 18."- Muhammad Aminullah bin Aron X-Survivorian 18
______________________________________________________________
Survivor Camp memang satu program yang bagus dan berkesan pada remaja zaman sekarang...
"Survivor
Camp memang satu program yang bagus dan berkesan pada remaja
zaman sekarang. Ia dapat memberi kesan yang mendalam kepada saya.
Banyak ilmu yang saya dapat dalam kem ini. Lebih-lebih lagi ianya
diuruskan oleh Ustaz Ahmadi iaitu seorang ustaz yang cukup hebat dan
auranya dapat mengubat para peserta di kem ini.Saya
belajar bagaimana hendak solat dengan betul yang mengikut sunnah
RasululLah SAW. Selain itu, saya juga belajar untuk menjadi seorang
yang berdisiplin dan menghormati orang yang lebih tua, mengenal erti
kehidupan, serta Rasa BerTuhan & Rasa berIbu Bapa.Akhir sekali, Survivor Camp memang best!!! Terima kasih Ustaz Ahmadi..!! Terima kasih kak Fitin..!! Wassalam."- Muhammad Luqman Hakeem bin Nor Aziff X-Survivorian 18
______________________________________________________________
Pada mula berat hati untuk datang ke sini, kemudian bertukar menjadi sebaliknya selepas ditunjukkan kebesaran Allah SWT...
"Pada
mula berat hati untuk datang ke sini, kemudian bertukar menjadi
sebaliknya selepas ditunjukkan kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya, kem
ini banyak merubah diriku dan aku berharap ianya adalah perubahan yang
kekal. Dahulunya aku seorang yang banyak berbuat dosa tetapi kini
berazam untuk menjauhinya dan bertekad untuk beramal.Ustaz
Ahmadi insan mulia, terima kasih kerana telah menjadi petunjuk hidayat
kepada diriku dulu yang berdosa. Tapi semuanya telah ditinggalkan.
Terima kasih."- Muhammad Hazim bin Ahmad X-Survivorian 18
______________________________________________________________
Satu ayat yang akan saya bawa di luar nanti ialah "Bukan soal minat atau tidak, tetapi tanggungjawab"...
"AlhamdulilLah,
pelbagai perkara saya dapat selama 7 hari 6 malam di Survivor Camp 18
ini. Thanx Ustaz Ahmadi kerana menyedarkan saya untuk berubah. Slot
Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa amat memberi kesan positif kepada
saya.Saya
dapat belajar solat dengan lebih sempurna. Abang-abang dan kakak-kakak
fasilitator di sini semua best dan sporting. Satu ayat yang akan saya
bawa di luar nanti ialah "Bukan soal minat atau tidak, tetapi
tanggungjawab". Setiap perkara saya akan buat bersungguh-sungguh."- Muhammad Salman bin Roslee X-Survivorian 18
|
|

Formula SURVIVOR Yang DiYakini Dan Terbukti Berkesan !Ribuan Remaja Telah Mengikutinya Sejak 2006 !   Dapatkan Bantuan Daripada Mereka Yang Mahir Dan Berpengalaman Menangani Masalah Anak Tersayang...


!! MOTIVATOR YANG DIAKUI & DIIKTIRAF !!
NOTA PENTING
: Kem motivasi ini akan dikendalikan oleh motivator khas dalam
bidang ini. Ustaz Ahmadi telah lama bergiat hampir 12 tahun membasmi
gejala sosial remaja sama ada di dalam kem atau di luar kem. Kem ini
akan memulihkan emosi dan spiritual peserta agar Kembali Rasa BerTuhan
dan Rasa BerIbu Bapa. |
>> Buku Oleh Ustaz Ahmadi <<

*...sebagai individu yang paling layak...
"Penulisnya,
Ahmadi Haji Baharudin berpengalaman luas dalam bidang kajian masalah
sosial sejak tahun 1997. Penulisannya khusus berkenaan masalah sosial
kerap mendapat tempat di dada majalah nombor satu negara iaitu MASTIKA.
Kemampuan beliau mengupas setiap isu dengan terperinci serta
penyelesaian yang kritis dan berani menjadikannya sebagai individu yang
paling layak bagi mengupas topik ini."
>> PTS Millenia Sdn Bhd, 2007. ( Penerbit buku )
_________________________________________________________________
*MASTIKA mendapat banyak inspirasi daripada kegigihannya itu...
"Buku
ini menyerlahkan prinsip hidup Ahmadi yang tidak bertolak ansur
terhadap gejala-gejala negatif. Walaupun ada di antara kandungan buku
ini yang kita kurang setuju, tetapi itulah Ahmadi, beliau berani dan
konstruktif. Tahniah. MASTIKA mendapat banyak inspirasi daripada
kegigihannya itu."
>> Zulkarnain Zakaria, Pengarang MASTIKA. ( Preview kulit depan buku )
_________________________________________________________________
*Tidak dapat dinafikan kata-kata penulis bahawa penyakit sosial meruntuhkan masyarakat Islam...
"Ternyata
penulis membuat kajian meluas dan mendalam sebelum menulis buku ini.
Buku ini boleh membuka minda hati sanubari serta pemikiran pembacanya.Segala
sebab, punca penyakit sosial dikupas dengan halus dan teliti. Gambaran
perlakuan penyakit sosial dipapar dengan jelas, terang serta lengkap
dengan contoh-contoh. Tidak dapat dinafikan kata-kata penulis bahawa
penyakit sosial meruntuhkan masyarakat Islam. Punca dan sebab penyakit
sosial. Hasil dari agenda dan tindakan sulit Yahudi dan barat dikupas
dengan jitu. Faktor umat Islam lemah dan terpengaruh ternyata benar,
ditambah pula dengan kejahilan sebilangan besar umat Islam dalam Ilmu
Islam."
>> Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail. Mantan Pengerusi LPPKN ( Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara ) ( Kata Pengantar Buku )
|
_________________________________________________________________
Pengalaman Ustaz Ahmadi Yang Diiktiraf METRO Akhbar Kompak No.1 Di Malaysia...
________________________________________________________________ Pengalaman Ustaz Ahmadi Yang Diiktiraf MASTIKA Majalah No.1 Di Malaysia...
*"GEMPAR"
- Artikel Majalah Al-Islam.
*"Syurga Dunia
Ustazzz..." - Artikel Majalah Misteri.
Terbaik Untuk Anak Anda !
AWAS! Jangan Tertipu Lagi Kali Ini !!!
Sebelum anda mendaftar anak tersayang di mana-mana kem motivasi, pastikan anda menyemak rekod motivator tersebut.
Hari
ini, jika musim cuti sekolah banyak kem-kem motivasi yang tumbuh
bagaikan cendawan selepas hujan dengan 'gula-gula' iklan yang hebat
tetapi hakikat sebaliknya tidak begitu. Jangan bazirkan masa anak
tersayang anda dan wang ringgit anda di kem-kem yang tidak
bertanggungjawab.Pastikan
anak tersayang anda hanya mendapat perkhidmatan motivator yang rekod
pengalaman dan pengetahuannya diAKUI dan diIKTIRAF. Ustaz Ahmadi akan berkongsi pengalaman (real life example) dalam bidangnya membasmi gejala sosial remaja yang anak tersayang anda tidak akan dapat di kem-kem yang lain.Jangan terjebak
dengan kursus motivasi dan motivator yang tidak berkredibiliti.
Pastikan anak tersayang anda mendapat perkhidmatan motivasi TERBAIK hanya di... SURVIVOR CAMP MALAYSIA SIRI KE-28 !!!
|
|
|

Aku bersyukur kerana ibu bapaku hantar aku ke sini untuk merubahkan diriku ini...
"Sebelum
saya datang ke kem ini saya cuma sembahyang seminggu sekali sahaja
iaitu solat Jumaat. Ibuku selalu memberitahu aku yang aku ini seperti
orang Kristian yang hanya datang ke gereja pada setiap hari Ahad.Selepas
aku datang ke Survivor Camp aku banyak belajar sesuatu benda yang
selama ini aku cuma buat tak tahu sahaja. Iaitu cara-cara sembahyang
dengan betul, hormat menghormati antara satu sama lain, bercakap benar
dan macam-macam lagi.Aku
juga belajar hidup berdikari, bangun seawal pagi untuk bersiap solat
Subuh. Selama ini aku tidak bangun seawal 5 pagi. Selalunya aku bangun
kira-kira pukul 10 atau 11 pagi.Aku
berjanji selepas pulang dari kem ini aku tidak akan tinggal solat dan
mendengar cakap ibu bapaku. Aku juga akan meninggalkan segala perbuatan
yang dilarang oleh Allah SWT. Akhir sekali, aku bersyukur kerana ibu
bapaku hantar aku ke sini untuk merubahkan diriku ini..."- Raja Othman bin Raja Hamzah X-Survivorian 18
_____________________________________________________________
Walaupun saya pernah datang ke kem ini (siri 14) namun saya masih tidak merasa bosan untuk datang lagi...
"Walaupun
saya pernah datang ke kem ini (siri 14) namun saya masih tidak merasa
bosan untuk datang lagi. Dengan modul-modulnya yang menarik, saya
terasa dan terfikir ingin berubah.Pada
kali pertama saya datang, hanya separuh amalan buruk yang berjaya
dibuang dari hidup. Tetapi pada kali ini saya benar-benar ingin berubah
dan ingin menggembirakan hati ibu bapa saya.Terima
kasih pada Ustaz Ahmadi yang telah benyak mengubah hidup saya dengan
izin Allah SWT. Saya janji saya akan buang semua perkara-perkara
negatif dalam hidup saya jauh-jauh. Insya Allah..."- Asyraf Zaquan bin Hussain Alauddin X-Survivorian 17
_____________________________________________________________
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ahmadi dan fasilitator kamu semua bagaikan cahaya dalam hidup saya...
"Saya
akan berubah dengan menyeluruh. Saya juga telah banyak insaf dan
bertaubat kepada Allah SWT Yang Maha Esa dengan bimbingan Ustaz Ahmadi
dan fasilitator. Kem ini sangat berkesan.Terasa
sedih saya untuk meninggalkan kem ini kerana saya sudah
menganggap semuanya sebagai ayah, kakak, abang dan adik-adik sendiri.
Kem ini sangat bermakna kepada saya.Terima
kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Ahmadi dan fasilitator kamu
semua bagaikan cahaya dalam hidup saya. Terima kasih..!!"- Mohd Amirul Ashraf bin Mazlan X-Survivorian 17
_____________________________________________________________
Lepas keluar dari Survivor Camp ini saya berazam dan bertekad untuk berubah dan menjadi anak kebanggaan ibu bapa saya..
"Saya
ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ustaz-ustaz
yang telah mengajar saya benda-benda yang penting dalam Islam. Apabila
saya di sini saya rasa sedih dengan perbuatan saya selama ini saya
lakukan. Dan dengan ketegasan Ustaz Ahmadi tentang perkara penting
dalam Islam yang selama ini saya tidak ambil endah.
Saya
menyesal atas perbuatan bodoh yang telah saya lakukan. Saya lalai dan
alpa serta terlalu pentingkan keseronokan. Di sini juga saya dapat lagi
sokongan daripada kawan-kawan baru serta kakak-kakak di sini.
Lepas
keluar dari Survivor Camp ini saya berazam dan bertekad untuk berubah
dan menjadi anak kebanggaan ibu bapa saya. Saya janji tidak mahu
tinggalkan solat, dan berubah menjadi anak yang solehah. Akhir kata,
saya ingin meminta kepada Ustaz Ahmadi agar doakan saya menjadi anak
yang solehah."
- Mursyaza Husnina binti Mohd Shazniff X-Survivorian 17
|
|
  Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa...
Kem 5 Hari 4 Malam - "LAGI LAMA LAGI BAIK !" Pengisian Terbaik Cuti Sekolah Anak Anda
5 hari 4 malam adalah tempoh hari Survivor Camp Malaysia dijalankan. Ia adalah
masa yang paling sesuai untuk motivasi kepada anak tersayang anda. Masa
yang agak lama ini diperlukan bagi memperkukuhkan modul-modul pemulihan yang telah dijalankan.
Untuk
pengetahuan pembaca, program Survivor Camp Malaysia 5 hari 4 malam ini amat
ditunggu oleh pihak ibu bapa untuk mendaftar anak mereka musim cuti
sekolah. Ini berikutan, ramai ibu bapa yang buntu tidak tahu apa nak
programkan anak mereka musim cuti sekolah. Ibu bapa mula gusar dan
runsing bila tiba cuti sekolah kerana inilah masa anak mereka nak enjoy
dengan perkara yang tidak berfaedah. Justeru, Survivor Camp Malaysia adalah jawapan dan tempatnya.
Tempatkan anak-anak tersayang anda di Survivor Camp Malaysia bersama dengan saya. Izinkan saya memotivasikan anak anda.
Di sini anda tidak perlu risau, kerana sudah pasti mereka melakukan
perkara-perkara yang berfaedah lagi bermanfaat untuk masa depan mereka.
Tempoh
5 hari Survivor Camp Malaysia bermula petang Ahad dan tamat hari Khamis malam
dilihat memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak ke kem dan mengambil
mereka pulang. Dan ini memudahkan perjalanan ibu bapa terutamanya yang datang dari negeri berjauhan.
Remaja Wajib Hadir 8 - 20 Tahun & Remaja Exam UPSR, PMR, SPM, & STPM 2012
Remaja
lelaki dan perempuan berumur antara 8 hingga 20 tahun diwajibkan
menyertai Survivor Camp Malaysia. Terutama sekali remaja yang bakal menduduki exam UPSR, PMR, SPM, dan STPM tahun ini.
Mungkin
ada dikalangan anak-anak kita yang masih leka dengan malas belajar
sebaliknya sibuk dengan perkara tidak berfaedah. Mereka terlupa tahun
ini ada exam besar menanti mereka. Inilah masanya untuk menyedarkan
anak tersayang kita. Bagi peluang mereka di Survivor Camp Malaysia, dan saya akan membantu menyedarkan tanggungjawab mereka sebagai anak dan pelajar.
Ibu
bapa disarankan mengambil peluang keemasan ini bagi memperkemaskan lagi
disiplin anak tersayang yang masih muda dan masih belajar lagi ini. Pastikan anak tersayang mempunyai benteng rohani, mental dan fizikal yang kukuh di Survivor Camp Malaysia nanti.
Insya Allah, seusai kem nanti anak tersayang bersedia menghadapi dugaan
luar sebagai insan bernama Hamba dan Khalifah Allah SWT.
NOTA PENTING :
JANGAN KELIRU !
Ibu
bapa jangan keliru tentang kelayakan peserta Survivor Camp Malaysia. Survivor Camp Malaysia tidak
hanya fokus kepada remaja yang bermasalah sahaja. Tetapi juga terbuka
kepada remaja yang kurang bermasalah atau tidak bermasalah.
KEM TERBUKA ! Survivor
Camp Malaysia adalah kem yang terbuka kepada semua peringkat remaja. Survivor
Camp Malaysia adalah persediaan remaja untuk menghadapi cabaran di luar sana.
DIPERCAYAI ! Malah
rekod Survivor Camp Malaysia mendapati ramai remaja bukan dari yang bermasalah
hadir menyertai Survivor Camp Malaysia. Ini berikutan ibu bapa percaya kepada kemampuan motivator untuk
memotivasikan anak tersayang mereka.
JANGAN WAS-WAS !
Anda jangan lagi ragu-ragu atau was-was untuk mendaftar anak tersayang anda.
DAFTAR SEGERA !!!
|
|
 Menu Program Bersyariat
Mengembalikan ROH Yang Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa
  Menu program Survivor Camp Malaysia adalah berlandaskan SYARIAT ISLAM.Semua program bermula pada hari pertama sampai hari terakhir dikawal-selia oleh Ustaz Ahmadi.
Semua program akan dipastikan tidak bercanggah dengan ajaran agama
Islam. Dari yang sekecil-kecil program sampailah yang sebesar-besar
program, semuanya akan dipastikan mematuhi syariat Islam.
Maka, ibu bapa tidak perlu bimbang akan intipati program Survivor Camp Malaysia.
Kerana, ia lebih bercorak keagamaan untuk menanamkan kekuatan dalaman
di hati anak tersayang agar lebih ampuh mendepani gelombang dugaan yang
kian dahsyat di luar sana. Insya
Allah, anak tersayang anda akan Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu
Bapa. Saya akan pastikan anak tersayang anda tidak sia-sia masa mereka
di sini, Insya Allah.
7 Modul Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa
1. KEFAHAMAN SYARIAT
- Mari Mengenal Allah & Rasul
- Siapa Munafik, Musyrik, Kafir, & Murtad ?
- Tanda Baligh
- Intipati Syahadah
- Tahu Rukun Iman, Rukun Islam, & Kepentingan Ehsan
- Kenali Sifat Mahmudah & Sifat Mazmumah
- Hukum Hakam Dalam Islam
2. KEFAHAMAN FARDHU AIN
- Bersuci - Taharah, Pembahagian Air, Pembahagian Najis, Istinjak, Jenis Darah Wanita, Mandi Wajib, & Tayamum
- Solat
- Wuduk, Azan & Iqamat, Solat Wajib, Rukun Solat, Syarat Sah
Solat, Perkara Sunat Dalam Solat, Perkara Membatalkan Solat, &
Sujud Sahwi
- Solat
Berjamaah - Syarat Sah Mengikut Imam, Lurus & Rapatkan Saf, Solat
Jumaat, Solat-Solat Sunat, Wirid, Doa, & Qada Solat
3. SUNAT YANG DITUNTUT
- Membaca Al-Quran - Surah Pilihan
- Istighfar & Bertaubat
- Berselawat
- Berdoa
- Zikir
- Adab
& Doa Harian (Perbuatan) - Doa Untuk Ibu Bapa, Doa Belajar, Doa
Sebelum & Selepas Makan, Doa Sebelum & Selepas Bangun Tidur,
Doa Sebelum & Selepas Keluar Tandas
- Adab Berjamaah - Adab bersahabat, bantu-membantu, hormat-menghormati, & saling mengasihani antara yang tua dan muda.
4. HAFAZAN (MAKNA & LAIN-LAIN)
- Makna Surah Al-Fatihah
- Makna Tasbih Ruku'
- Makna Tasbih Sujud
- Makna I'tidal
- Makna Doa Antara 2 Sujud
- Makna Zikir SubhanalLah, AlhamdulilLah, & Allahu Akbar
- Doa Iftitah
- Doa Qunut
- Tahiyyat Awal & Akhir
- Salawat Badawi
- Doa Selepas Wuduk
- Doa Selepas Azan
- Niat Solat Sunat Rawatib
- Asmaul Husna
- Zikir Munajat
5. MOTIVASI
- Sejarah Roh Manusia
- Kembali Rasa BerTuhan
- Kembali Rasa BerIbu Bapa
- 5 Syarat Ibadah Dalam Kehidupan Seharian
- Bahaya Gejala Sosial
- Formula Survivor
- Rahsia Mati
- Usrah
- Latihan Bilal & Imam
- Kuliah & Tazkirah Sebelum & Selepas Solat
- Penghayatan & Praktikal Solat Yang Sempurna
- Siri Klip Video, Drama, & Filem Motivasi
- Siri Nasyid & Muzik Didik Diri
- Aktiviti Berkumpulan
6. RIADAH
- Senaman
- Permainan
- Kadet Survivor
7. DISIPLIN & LATIHAN KENDIRI
- Bangun Awal Pagi
- Kebersihan Diri
- Kemas Tempat Tidur & Asrama
- Menepati Waktu Yang Ditetapkan
- Solat Berjamaah
- Solat Sunat Rawatib
- Belajar Cara Belajar Dengan Bersungguh-Sungguh
- Hidup Seperti Keluarga
- Menutup Aurat & Berpakaian Kemas
- Menjaga Kebersihan Surau, Dewan Kuliah, & Kantin
- Patuh Pada Arahan Fasilitator & Kapten (Lelaki & Perempuan)
- Menjaga Susunan Kasut
- Memakai Tanda Nama Pada Masa Yang Ditetapkan
- Dilarang Merokok
- Tidur Awal Pada Masa Yang Ditetapkan
*Insya Allah semua modul akan ditamatkan.

*Pesanan Dari : USTAZ AHMADI...
7
modul Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa ini dihasilkan
berdasarkan pengalaman saya sendiri. Sepanjang saya mengendalikan
kursus juga terlibat dengan ratusan kes-kes remaja, saya membina
modul-modul berdasarkan pengalaman sebenar berhadapan dengan
permasalahan remaja.
Modul-modul
ini adalah jalan keluar daripada masalah yang berlaku kepada remaja
moden hari ini. Remaja perlu diingatkan Kembali Rasa BerTuhan kerana
daripadaNyalah kita dihidupkan dan kepadaNyalah kita akan dikembalikan.
Juga remaja perlu diingatkan Kembali Rasa BerIbu Bapa kerana daripada
merekalah remaja di-didik dan dibela dengan penuh kasih sayang dan
bertanggungjawab untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan di
Akhirat.
Selama 7 tahun Survivor Camp Malaysia dijalankan, ribuan remaja telah menghadirinya.
Sedih apabila ada remaja yang tidak tahu mengucap 2 kalimah Syahadah,
tak tahu rukun Iman dan rukun Islam, tak tahu mandi wajib, tak reti
ambil wudu', bertahun tak
solat, niat solat fardhu pun tak betul, perkara membatalkan solat tak
tahu, doa iftitah pun tak tahu, doa qunut pun tak tahu, tahiyyat pun
tak tahu, mengaji Quran pun tak tahu, tak reti azan, tak pandai
jadi imam walaupun sudah baligh. Ini belum cerita solat jamak qasar,
hal-hal istinjak dan tayamum, dan solat sunat serta niatnya.
Kegagalan
anak-anak dalam perkara asas fardhu ain ini mengundang padah yang
luarbiasa. Maka sudah tentu segala penyakit sosial hari ini bergelumang
hebat di takhta anakanda tersayang kita. Macam-macam kerenah yang
memeningkan kepala kita. Habis ikhtiar kita ke sana ke mari untuk
merawatnya.
Saya amat berpengalaman mengendalikan permasalahan
remaja ini secara keluarga. Punca yang saya dapati bermula daripada
kelemahan mengukuhkan asas fardhu ain dalam diri remaja tersebut.
Justeru, saya menyediakan Survivor Camp Malaysia sebagai tempat pengukuhan asas
fardhu ain untuk meneruskan kelangsungan hidup yang lebih bermaruah dan
beretika sebagai individu Muslim.
Saya saban hari dihujani
dengan panggilan telefon dan sms menceritakan masalah anak dan meminta
pendapat saya untuk menyelesaikannya. Masalah anak yang pelbagai ragam
sebenarnya tidak boleh diselesaikan dengan rundingcara (face to
face) semata-mata. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah
menjadi perunding cara masalah remaja. Impaknya teramat kecil. Berbeza
dengan menghantar mereka ke kem. Apatah lagi kem itu bermasa lama, diurus oleh motivator berkelayakan dan diiktiraf, impaknya
amat BESAR. Justeru, sekali lagi saya mengesyorkan anak-anak tuan puan
sertailah Survivor Camp Malaysia nanti.
Tuan puan jangan menganggap
apa yang saya nak ajar adalah sama seperti di sekolah. Jawapannya
TIDAK. Tajuk mungkin sama tetapi cara penyampaian tidak sama. Insya
Allah, hasil daripada pengalaman lapangan yang jarang ada pada motivator
lain akan membuatkan anak tersayang anda merasai tema Survivor Camp
iaitu Kembali Rasa BerTuhan & Rasa BerIbu Bapa. Mari bersama saya
di Survivor Camp Malaysia menyelamatkan masa depan mereka sekarang !
Syukur
AlhamdulilLah, setiap kali tamat Survivor Camp Malaysia rata-rata peserta sudah
nampak visi dan misi hidup sebagai Muslim dan bertaubat untuk kembali
ke pangkal jalan dan bersedia untuk keluar ke dunia sebenar menjadi
insan cemerlang membentuk keluarga yang gemilang dan seterusnya membina
ummah yang terbilang.
Saya WAJIBkan anak tersayang anda hadir ke Survivor Camp Malaysia untuk membentuk
jatidiri dengan acuan Islam. Insya Allah, saya akan memberikan servis
motivasi yang terbaik. Jangan anda ragu Survivor Camp Malaysia hanya untuk
remaja bermasalah sahaja, TIDAK! Anak anda yang kurang atau tidak
bermasalah pun digalakkan menyertainya sebagai pendedahan dan
pengukuhan diri untuk berdikari dan berjaya sebagai Hamba dan Khalifah
Allah SWT di muka bumi ini.
Terima kasih.
Yang benar,
Ustaz Ahmadi Haji Din Daftar Segera Survivor Camp Malaysia 28 !
|
|
 
YURAN ISTIMEWA !!
[#1]
RM 565.00
Sahaja Seorang !!!
Diskaun Untuk Adik-Beradik !! 2 orang = RM1110 sahaja 3 orang = RM1665 sahaja 4 orang = RM2220 sahaja 5 orang = RM2775 sahaja
Yuran Early Bird *Iaitu daftar & bayar awal - sekarang ! Sebelum 26 Mei 2012. Rujuk no. [#4] di bawah untuk info lanjut.
Survivor Camp Malaysia Siri Ke-28 Lebih JIMAT & BERBALOI !
5 Hari 4 Malam Yang Intensif & 100% Praktikal Dan Dikendalikan Motivator Profesional Dalam Bidang Motivasi Remaja.
_______________________________________________
[#2] Bandingan Yuran Asal : RM 600.00 Iaitu Yuran Normal Kem Lain 5 Hari 4 Malam
___________________________________________________________ [#3] Kini Hanya RM565.00 Sahaja Seorang ! Jimat RM35.00 *Termasuk
makan, asrama lengkap & selesa (katil dan tilam
seorang satu, locker, & berhawa dingin), surau, fail, nota,
modul, & kemudahan lain BERSAMAAN yuran RM600.00. _____________________________________________________________
[#4]
Yuran Early Bird
Yuran RM565.00 khusus kepada pendaftar terawal dan membuat pembayaran sebelum tarikh 26 Mei 2012.
Pendaftar yang membuat pembayaran mulai tarikh 26 Mei 2012 dikenakan yuran sebanyak RM600.00.
Cara Yuran Early Bird ini diperkenalkan kerana pengalaman Survivor Camp Malaysia yang lepas telah BANYAK merugikan pihak penganjur.
Terlalu banyak kos dan kemudahan kursus yang telah disediakan mengikut bilangan jumlah pendaftar membazir begitu sahaja.
Biasanya 20% daripada jumlah pendaftar membatalkan nama pada hari pertama kursus.
Diharap penyertaan Survivor Camp Siri Malaysia Ke-28 nanti terdiri daripada ibu bapa yang amat SERIUS pembangunan insan anak tersayang dan juga memahami persediaan besar oleh pihak penganjur.
! ANDA SERIUS, KAMI PUN SERIUS !
_____________________________________________________________
Tuan puan sila ambil peluang keEMASan ini !
Tiada
yuran semurah ini di kem lain. Biasanya yuran sebegini untuk 4 hari 3
malam. Tetapi di Survivor Camp Malaysia siri ke-28 ia dijalankan selama 5
hari 4 malam malah bersama motivator remaja yang cukup berpengalaman.
Dan kem ini pula antara kem yang amat
bertanggungjawab dan terkenal serta diburu ramai ibu bapa menjelang
musim cuti persekolahan membantu anak tersayang Kembali Rasa BerTuhan
& Rasa BerIbu Bapa. Buat tindakan sekarang !
Daftar segera dan dapatkan yuran istimewa SEKARANG !
Cara Pembayaran :
| 1. | Pembayaran RM565.00 melalui Maybank ke akaun no. 112269148183 | | 2. | Pembayaran RM565.00 melalui Bank Muamalat ke akaun no. 1207-0031461-72-2 | | 3. | Pembayaran melalui cek atas nama; AHMADI BIN BAHARUDIN
| | 4. | Pembayaran tunai/cek RM600.00 di kem jam 3.00 petang, Ahad 27 Mei 2012. |
Nota Penting :
Pembayaran Sebelum 26 Mei 2012.
RM565.00
Cara pembayaran no. 1 dan no. 2 boleh dibuat sebelum 26 Mei 2012.
Sila bawa slip transaksi
sebagai bukti pembayaran semasa lapor diri pada 27 Mei 2012, jam 3.00 petang. Simpan slip transaksi, tak perlu faks atau pos.
Jika hendak faks slip, sila faks di talian 03-8922 2248 @
 abmadi77@yahoo.com.my
WAJIB SMS ikut format contoh rajah di bawah selepas bank-in :
 *Format contoh. Sila tukar SC21 kepada SCM28._____________________________________________________________ Pembayaran Pada 27 Mei 2012.
RM600.00
Manakala cara pembayaran no. 3 dan no. 4 boleh dibuat pada masa lapor diri di kem jam 3.00 petang, Ahad 27 Mei 2012.
Sebarang kesulitan berkaitan pembayaran sila hubungi 019-3005053 atau 012-2073938.
_____________________________________________________________ MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU BAPA YANG BERMINAT. SILA BACA DI BAWAH ;

Butiran Survivor Camp Malaysia Siri Ke-28 :
=========== TARIKH =========== 27 - 31 Mei 2012 5 Hari 4 Malam Ahad - Khamis
=========== TEMPAT =========== Kem Bina At-Taqwa Batu 35, Jalan Dengkil Kg Boundry Bukit Changgang, Banting, Kuala Langat, Selangor.
=========== LAPOR DIRI ===========27 Mei 2012 (Ahad) Jam 3.00 petang *MAJLIS PENUTUP pada 31 Mei jam 9.00 malam.
===========BARANG KEPERLUAN ===========- 3 set pakaian sembahyang (lelaki, sebaiknya baju melayu dan kain pelikat)
- Kopiah / songkok (lelaki)
- Telekung (perempuan)
- Sejadah (saiz besar, bukan saiz A4)
- Pakaian menutup aurat & bersopan
- Pakaian tidur malam
- Pakaian sukan
- Kasut sukan
- Alat tulis
- Barangan keperluan mandi
- Selimut
| ===========TAMBAHAN =========== Ibu bapa diminta notakan perilaku anak
di dalam kertas A4 dan serahkan di kem semasa lapor diri. Sila notakan dengan terperinci perilaku anak anda.
Nota ini AMAT PENTING, bertujuan
sebagai rujukan oleh motivator semasa mengendalikan anak tuan puan di kem.
*Bawa 2 keping gambar anak ukuran pasport.
Selamat Mendaftar & Jumpa Di Sana !
|
|
 Bacaan Lanjut...
 
Soalan Lazim Ibu Bapa
Ustaz, bagaimana jika anak saya tak mahu pergi..?
Pujuk mereka. Begini caranya :
- Beritahu
mereka - kem ini bukan tidur dalam khemah. Tetapi tidur dalam asrama.
Ada katil, tilam dan bantal lagi. YANG BEST ADA AIR COND :)
- Beritahu mereka - makan di sini sedap & lazat.
- Beritahu
mereka - modul di kem ini tidak lasak dan tidak memenatkan. Modul
disampaikan ala santai dan mesra. Yang pasti tidak bosan.
- Beritahu mereka - fasilitator semua baik-baik, berkelulusan IPT dan berbudi bahasa.
___________________________________________________________________________ Tapi ustaz, kalau anak saya tak makan pujuk, bagaimana pula..?
Hubungi saya 012-2073938 dan saya ada CARAnya..
!!!Tapi...sebelum
itu jangan beritahu apa-apa lagi kepada anak anda. Hubungi saya dahulu.
Insya Allah kita sama-sama berusaha agar anak tersayang dapat hadir ke
Survivor Camp Malaysia.
Terbukti berkesan sejak 2006 lagi.
___________________________________________________________________________
Bagaimana dengan keselamatan anak saya semasa di kem nanti..?
AlhamdulilLah,
selama mengendalikan Survivor Camp Malaysia tiada sebarang kemalangan yang
berlaku. Faktor keselamatan di kem amat diberi perhatian serius
terutamanya dikalangan peserta yang amat muda usianya.
Survivor
Camp Malaysia tidak menggunakan modul yang lasak dan adventure kerana bukan itu
tujuannya. Tujuan Survivor Camp Malaysia ialah menguatkan rohani dan spiritual
diri peserta melalui penghayatan dan pemahaman ibadah agar dapat
menjadi Survivor di dalam masyarakat yang tidak mudah terjebak dengan
segala anasir penyakit sosial di luar sana.
Justeru
pihak keluarga usah bimbang dengan aktiviti di Survivor Camp Malaysia, kerana
semuanya dikawal rapi. Dan diulang sekali lagi, tiada modul yang
membahayakan.
___________________________________________________________________________
Anak gadis saya 'period', bolehkah dia hadiri kem..?
AlhamdulilLah,
itu tanda kasih sayang Allah SWT bagi kaum Hawa. Untuk pengetahuan tuan
puan, masa 'period' tidak menghalang aktiviti peserta di kem. Walaupun
kem ini dipenuhi dengan aktiviti ibadah, anak perempuan tuan puan yang
sedang 'period' kita akan gantikan dengan aktiviti lain yang
bersesuaian dan masih memfokus kepada tujuan yang sama.
Jadi
tuan puan usah risau tentang kesesuaian aktiviti di kem dengan masa
'period' anak perempuan tuan puan. Kami berpengalaman dengan situasi
ini setiap kali Survivor Camp Malaysia. Setiap peserta akan mendapat haknya di
kem walaupun keuzuran.
___________________________________________________________________________
Bagaimana pembentukan kumpulan peserta dilakukan..?
Pembentukan
kumpulan peserta adalah berdasarkan faktor usia. Iaitu peserta dalam
kumpulan adalah sebaya atau hampir sebaya. Penempatan di bilik-bilik
asrama juga berdasarkan kumpulan. Jadi, tidak wujud percampuran peserta
antara yang tua dan muda.
Bagaimanapun,
pihak kami turut menerima permintaan ibu bapa yang inginkan anaknya
disatukan dalam satu kumpulan. Terutamanya ibu bapa yang mendaftar
lebih dari seorang anak. Dengan tujuan anak yang tua boleh menjaga anak
yang masih muda.
___________________________________________________________________________
Bolehkah anak kami bawa wang saku..?
Ya, boleh.
Tetapi
cukuplah sekadarnya kerana jadual makan di kem MENGENYANGKAN.
Wang saku yang dicadangkan sebanyak RM30 sahaja. Tetapi kalau tak
bekalkan pun tak mengapa. Itu lagi baik :)
Sebarang soalan sila hubungi 012-2073938.

AlhamdulilLah...
Kerana
anda sudi membaca web ini sampai habis. Semoga anda sudah dapat
keputusan terbaik mendaftar anak tersayang anda di Survivor Camp Malaysia Siri
Ke-28. Segera telefon pihak kami untuk cepat mendaftar dan dapatkan yuran istimewa dengan diskaun berganda kali ini.
Sertai gelombang Survivor sekarang..!
SEKARANG
pun sudah ramai ibu bapa dari pelbagai negeri sampai jauh nun di utara
dan selatan sedang mendaftar anak tersayang. Mereka telah tahu,
percaya, dan sedar akan keberkesanan Survivor Camp Malaysia.
Ratusan
keluarga bekas Survivor sedang mula bercakap-cakap kepada saudara,
rakan dan taulan tentang keberkesanan Survivor Camp Malaysia menjelang musim
cuti persekolahan. Tuan puan segera bersama gelombang Survivor Camp Malaysia ini.
WAJIBKAN anak exam 2012 di Survivor Camp Malaysia..!
WAJIBKAN
anak yang bakal menduduki exam penting tahun ini menyertainya. Saya
tegaskan WAJIBKAN, WAJIBKAN, WAJIBKAN !!! Jangan abaikan exam mereka
dengan kita berpeluk tubuh menyaksikan berlaku keajaiban perubahan yang
baik kepada sahsiah diri anak kita TANPA BERBUAT APA-APA. Mustahil..!
Sila ambil peluang di Survivor Camp Malaysia..!
Doa dimakbul, tersungkur jua akhirnya...
Saya
masih teringat ratusan ragam peserta ketika mula lapor diri di kem. Ada
yang seronok, ada yang terpinga-pinga, ada yang terkejut, dan
macam-macam ragam lagi.Tapi
akhirnya doa tuan puan sebagai ibu bapa dimakbulkan Allah SWT di majlis
penutup kem. Majoriti peserta tersungkur di kaki ibu bapa masing-masing
melutut meminta ampun dan maaf atas keterlanjuran yang telah dilakukan
sebelum ini.Semuanya
datang daripadaNya, tugas kita hanya berusaha dan berdoa. Itulah
intipati setiap modul yang saya gunakan di kem. AlhamdulilLah berjaya.Maklumkan kepada saudara & rakan anda...Terima
kasih atas keprihatinan anda jika sudi memaklumkan Survivor Camp Malaysia 28
kepada yang lain. Semoga ganjarannya dinilai oleh Allah SWT.Selamat datang...Saya ucapkan kepada bakal peserta Survivor Camp Malaysia 28 dari seluruh pelusuk negara termasuk Singapura dan Thailand.Insya
Allah, anak-anak tuan puan yang mendaftar akan mendapat yang terbaik di
Survivor Camp Malaysia 28. Teruskan berdoa kepadaNya...
Selamat mendaftar & jumpa di sana...
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
 USTAZ AHMADI HAJI DIN Ba.Hons.UKM No.H/P : 019-3005053 / 012-2073938
Oleh Firma Motivasi DIDIK DIRI RESOURCES 001509181-M
Hakcipta Terpelihara © 2012.
Menerbitkan semula apa jua kandungan dari laman web ini tidak kira dalam
apa jua bentuk medium tanpa keizinan dari pihak syarikat merupakan satu
kesalahan. Anda akan didakwa jika berbuat demikian.
Dilindungi di bawah Akta Hakcipta Terpelihara. |
|
|
|
|